AKTIVITI & PROGRAM KOMANDER

Kandungan dan Program Rasmi Komander Kesatria

Ikrar Komander Kesatria
Ikrar Komander Kesatria

Maka kami, Komander Kesatria UiTM dengan ini berikrar akan sentiasa berpegang teguh kepada rukun negara mempertahankan hak dan perjuangan institusi kami dan kami akan sentiasa menjaga nama baik UiTM.

Lagu Kesatria Jaya
Lagu Kesatria Jaya

Bersama kita maju,

Mencapai hasrat dituju,

Wawasan kita bina bersama,

Kesatria jaya,

Semangat waja harus dibina,

Kesatria jaya

Berilmu berdisiplin,

Itulah pegangan kami,

Bergerak pantas, Minda cerdas,

Capai azam dan cita,

Panji Satria dikibarkan ,

Dengan megah kami mara,

Setiap langkah dan usaha ,

Hasrat kami terbukti jadi nyata,

Harum mekar nama mu,

Bak bunga di taman ilmu,

Menjujung bangsa maju negara,

Gemilang selamanya,

Gemilang selamanya

Galeri Komander Kesatria
MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA
MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA
BATALION KOMANDER KESATRIA
BATALION KOMANDER KESATRIA
Ihya' Ramadan
PENGENALAN

Loading…

Program Ihya Ramadan Komander Kesatria yang diadakan dalam bulan Ramadan bertujuan bagi mengimarahkan bulan yang penuh rahmat ini dengan pelbagai ibadah yang dilakukan bersama sama sekali gus menyemai sifat kerohanian yang tinggi bagi seorang hamba Allah. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memperbaiki diri semua ahli Komander. Antara aktiviti tersebut ialah tadarus Al-quran, Qiamulail, Terawih, Sahur dan Berbuka puasa bersama - sama, tazkirah, bacaan Yassin dan Majlis Khatam Al-Quran.

Montaj Ihya\x27 Ramadan
MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA JASIN
MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA JASIN
MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA JASIN
Ibadah Korban
PENGENALAN

Ibadah Korban iaitu suatu program yang dijalankan bagi membuat ibadah mengorbankan seekor haiwan Al An-am dan memasak serta memberi makanan tersebut kepada sesiapa yang memerlukan. Program ini turut melibatkan staf dan Mahasiswa UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin bagi melaksanakan ibadah tersebut.

AKTIVITI IBADAH KORBAN

Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin bersama penglibatan staf dan mahasiswa UiTM telah menganjurkan program ibadah korban. Komander kesatria juga telah turut serta untuk membantu dalam mengerjakan ibadah korban.

MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA JASIN
MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA JASIN
MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA JASIN
Kursus Pemantapan
PENGENALAN

Loading…

Kursus Pemantapan Komander Kesatria bertujuan untuk melatih diri dan mengasah intensif dalam kalangan para komander. Selain itu, kursus ini juga mengasah kemahiran para komander dalam segala ilmu yang telah mereka pelajari iaitu ilmu pengurusan dan kemahiran ikhtiar hidup secara lebih mendalam. Tidak lupa juga, kursus ini menyemai sifat kerjasama antara pasukan bagi menyelesaikan segala tugasan yang diberi. Antara aktiviti yang dilakukan dalam kursus ini adalah mara lasak, pendirian base camp, teori dan praktikal tali temali , bantu mula, navigasi, ikhtiar hidup, kelas pengurusan bencana alam lake crossing dan pengurusan majlis penutup.

Pemantapan
MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA JASIN
MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA JASIN
MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA JASIN
KKEC
PENGENALAN

Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) merupakan satu aktiviti tahunan yang diadakan bersempena menyambut Ulang Tahun Kesatria. Pertandingan berkonsepkan sukan lasak ini telah berjaya menonjolkan sifat-sifat kesungguhan para komander dan memberi ruang mengaplikasikan kemahiran serta meningkatkan tahap ketahanan diri para komander sebagai ahli badan beruniform utama di UiTM.

Melalui KKEC juga dapat membentuk para komander untuk mempunyai ketahanan fizikal dan mental yang tinggi menerusi acara-acara yang dipertandingkan seterusnya menjadi pemimpin contoh yang memiliki jati diri yang tinggi serta dapat meningkatkan pengetahuan dan mengeratkan hubungan di antara Komander Kesatria seluruh UiTM berdasarkan pengetahuan pelbagai disiplin.

MONTAJ KKEC ARAU (2022)

Drive

Sorry, the file you have requested does not exist.

Make sure that you have the correct URL and the file exists.

MONTAJ KKEC MACHANG (2023)

Drive

Sorry, the file you have requested does not exist.

Make sure that you have the correct URL and the file exists.

MONTAJ KKEC BUKIT BESI (2024)

Drive

Sorry, the file you have requested does not exist.

Make sure that you have the correct URL and the file exists.

Montaj Kkec
ATLET MELAKA KKEC ARAU (2022)
ATLET MELAKA KKEC ARAU (2022)
ATLET MELAKA KKEC MACHANG (2023)
ATLET MELAKA KKEC MACHANG (2023)
ATLET MELAKA KKEC BUKIT BESI (2024)
ATLET MELAKA KKEC BUKIT BESI (2024)
ATLET MELAKA KKEC MERBOK (2025)
ATLET MELAKA KKEC MERBOK (2025)
MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA JASIN
MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA JASIN
MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA JASIN
 Drive
drive.google.com/start/apps
KKU
PENGENALAN

Kawalan Kehormat Utama (KKU) merupakan satu upacara rasmi universiti di mana penghormatan diberikan oleh ahli anggota komander kesatria kepada tetamu kehormat atau pegawai tinggi universiti semasa acara-acara rasmi seperti majlis perasmian, atau lawatan daripada individu berstatus tinggi, seperti Rektor. Formasi anggota akan berdiri tegak dan memberikan tabik hormat.

LIBK
PENGENALAN

Loading…

Latihan Intensif Bakal Komander (LIBK) merupakan suatu program bagi melatih bakal komander untuk menjadi seorang komander yang tegas, kuat dari segi mental dan fizikal serta mantap dalam pelajaran kawad kaki. Selain itu, latihan ini juga diadakan untuk melahirkan para bakal komander yang lebih berkualiti dan berilmu pengetahuan luas. Pelbagai ilmu yang dapat mereka perolehi dalam program ini, diantaranya adalah seperti ilmu bantu mula, radio, kompas dan navigasi serta ikhtiar hidup.

Libk Siri Xi
MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA JASIN
MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA JASIN
MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA JASIN
MKK
PENGENALAN

Malam Kecemerlangan Komander diadakan bagi menghargai Komander yang bakal menamatkan perkhidmatan sebagai seorang Komander dan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Kesatria. Selain itu, majlis ini juga meraikan kejayaan para calon bakal komander yang telah berjaya menempuhi segala cabaran dan menamatkan Latihan Intensif Bakal Komander serta berjaya menjadi seorang Komander. Di samping itu, terdapat beberapa anugerah yang akan disampaikan kepada Komander yang berjaya mencapai target dan menjadi Komander Terbaik sepanjang perkhidmatan mereka. Antara anugerah yang disampaikan iailah Anugerah Kepimpinan Terbaik, Akademik Terbaik dan Kecergasan Terbaik. Tema bagi majlis ini juga akan berubah setiap tahun dan semua ahli komander akan memakai pakaian mengikut tema yang diberikan sambil menikmati juadah yang disediakan.

MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA JASIN
MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA JASIN
MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA JASIN
MMR
PENGENALAN

Loading…

Majlis Makan Malam Rejimental ini diadakan bagi menghargai jasa semua Pegawai Muda yang telah ditauliahkan dengan mengikut segala etika dan tatatertib makan secara beradab. Para Pegawai Muda akan makan dengan beradab diiringi beberapa lagu dan hidangan yang disediakan. Pakaian yang akan dipakai oleh para tetamu ialah pakaian Mess Kit atau Suite.

Mmr
MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA JASIN
MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA JASIN
MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA JASIN
MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA JASIN
MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA JASIN
PERKAD
PENGENALAN

Pertandingan Kawad Kaki (PERKAD) merupakan program penutup kokurikulum bagi pelajar dari badan unit uniform yang menyertai kelas kokurikulum pada semester 1. Program ini bertujuan untuk mendidik para pelajar menjadi seorang individu yang berdisiplin dan melatih para Komander Kesatria menjadi seorang pendidik yang tegas dan berani serta mempunyai keyakinan yang tinggi dalam mendidik pelajar Kokurikulum semester 1. Selain itu, program ini dapat menilai tahap kefahaman para pelajar semester 1 dalam silibus kawad kaki yang telah diajar selama 1 semester. Tidak dilupakan juga pertandingan Hakka atau dikenali sebagai sorakan tentera yang dinilai daripada aspek kreativiti setiap platun. Melalui program ini, kita dapat melihat setiap platun bersaing secara sihat untuk menjuarai pertandingan ini.

Pentauliahan
PENGENALAN

Majlis Pentauliahan Komander Kesatria ini diwujudkan bagi memberi penghargaan atas segala perkhidmatan yang telah mereka lakukan sepanjang bergelar seorang komander kesatria di Universiti Teknologi Mara. Majlis ini akan dimulakan dengan perbarisan tamat latihan dan diteruskan dengan penyampaian Anugerah Komander Terbaik bagi setiap kampus. Seterusnya, penyampaian sijil pentauliahan kepada semua bakal Pegawai Muda. Majlis ini memerlukan semua bakal Pegawai Muda untuk memakai pakaian Nombor 1 iaitu pakaian istiadat pentauliahan.

Loading…

Montaj Pentauliahan G9
MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA JASIN
MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA JASIN
MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA JASIN
MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA JASIN
MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA JASIN
MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA JASIN
MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA JASIN
University Community
PENGENALAN

Loading…

University Community Engagement merupakan suatu program yang melibatkan semua ahli Komander Kesatria untuk melakukan aktiviti khidmat masyarakat. Tujuan program ini dilakukan adalah untuk menyemarakkan sifat bekerjasama dan toleransi antara ahli komander serta mendidik mereka berurusan dalam kumpulan dengan lebih mesra. Antara aktiviti yang dilakukan adalah membersihkan kawasan sekolah dan sekitarnya serta tempat rekreasi, mengutip sampah, mengecat dinding, melukis mural dan banyak lagi.

SELEPAS

Kerja-kerja pembersihan di sekitar kawasan perkhemahan di Gunung Asahan

Gotong-royong melibatkan kerja-kerja pembersihan kawasan dan kerja mengecat di Surau Kampung Padang Lalang, Bukit Besi dengan kerjasama kakitangan KETENGAH.

University Community Engangement (uce)
MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA JASIN
MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA JASIN
MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA JASIN
Kursus Rekreasi
PENGENALAN

Kursus Rekreasi Tahap 1 ini merupakan sebuah kursus untuk membina dan menguji kemahiran peserta dalam pelbagai disiplin aktiviti luar. Ia bertujuan untuk memberi kefahaman mendalam daripada teori tali hinggalah kepada praktikal tali tinggi, serta memantapkan kemahiran navigasi melalui orieentering dan kembara malam. Selain itu, kursus ini turut merangkumi modul kemahiran mandiri yang kritikal seperti pengurusan khemah dan asas bantu mula. Peserta juga didedahkan dengan teori dan aktiviti air, termasuk pengendalian kayak. Sebagai pelengkap, kursus ini diakhiri dengan ujian untuk menilai kompetensi peserta dan modul pengurusan majlis..

Ko-Kurikulum
Noor Masfazura Binti Mamat

Phone: 06-2645440
Senior Executive Officer

Noor Masfazura Binti Mamat
Mohd Helmy Bin Maridan

Phone: 06-2645443
Senior Clerk

Mohd Helmy Bin Maridan
Mohamad Reza Bin Munajat

Phone: 06-2645447
Clerk

Mohamad Reza Bin Munajat
Web Scraper

Kandungan diambil secara langsung dari laman rasmi MPKK Google Site.

KOMANDER KESATRIA

Membentuk kokurikulum, disiplin kepimpinan, dan ketahanan jati diri mahasiswa UiTM.

UiTM Cawangan Melaka